Adab-Adab Dalam Masjid

Masjid ialah tempat bagi orang Islam. Ia menjadi pusat ibadat, tempat sumber ilmu pengetahuan dan tempat untuk memupuk semangat perpaduan masyarakat. Dengan peranan masjid yang begitu besar, maka masjid perlu diberi perhatian & penjagaan sewajarnya serta memelihara adab-adab ketika berada di dalamnya . Antaranya :-
  1. Berdoa ketika keluar dari rumah menuju ke masjid.
  2. Apabila hendak masuk ke dalam masjid, mulakan dengan kaki kanan dan berselawat ke atas Nabi dan membaca doa " Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu".
  3. Sunat berwudhu' terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam masjid.
  4. Sebelum duduk, hendak solat sunat tahiyyatul masjid 2 rakaat sebagai menghormati masjid.
  5. Sewaktu masuk, jika bilal sedang iqamat @ solat fardhu hendaklah terus mesuk ke dalam saf untuk mengerjakan solat
  6. Penuhkan saf hadapan dahulu diikuti saf-saf berikutnya.
  7. Niat beriktikaf semasa berada di dalam masjid.
  8. Pastikan saf-saf betul dan rapat antara satu sama lain.
  9. Duduk dengan tertib, berzikir, berselawat dan membaca Al-Quran sewaktu berada di dalam masjid.
  10. Menjaga kebersihan masjid, tidak membuat bising serta bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  11. Ketika keluar masjid, mulakan dengan kaki kiri dan membaca doa " Ya Allah, Ya Tuhanku, Aku memohon kepadamu rezeki yang berkat dari limpah kurnia-Mu".
{ Solat Itu Tiang Agama }

Tertib Masuk & Keluar Tandas

Tandas adalah tempat yang kotor dan tempat yang paling syaitan suka. Justeru Islam menetapkan beberapa etika tertentu untuk masuk dan keluar dari tandas. Antaranya :-

  • mendahulukan kaki kiri

  • keluar dengan kaki kanan

  • membaca doa sebelum masuk { maksud doanya : Ya Tuhan kami, aku berlindung kepada engkau daripada segala kekotoran. }

  • Duduk hendaklah diberatkan pada sebelah kiri.

  • Tidak menghadap kiblat atau membelakangkannya (jika membuang air di tanah lapang)

  • Tidak bercakap ketika membuang air

  • Tidak buang air di dalam air tenang, di atas batu, menentang angin, tempat orang ramai singgah berbual, tidak di tempat orang lalu lintas, tidak di bawah pokok yang berbuah dan lain-lain.

  • Tidak beristinja' dengan air di tempat buang air.

  • disunatkan beristibrak (bersuara sedikit seperti berdehem) bagi yang membuang air kecil agar air kencing dapat keluar semuanya.

  • Keluar tandas dunatkan membaca doa maksudnya { Mohon keampunan dari engkau, segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku segala penyakit dan memberi aku kesihatan"}

{ Kebersihan Asas Keimanan }

Jika Terlalu Banyak Tidur

Banyak tidur adalah sifat yang perlu kita semua jauhi.Mereka yang terlalu kerap tidur , terutamanya pada waktu siang hari akan melemahkan semangat untuk bekerja dan beramal ibadat.
Ulama' ada berpesan bahawa ; kehidupan manusia sehari-hari hendaklah dibahagikan kepada tiga perkara:
* 8 jam untuk beribadat dan taat kepada Allah,
* 8 jam untuk mencari nafkah, dan
* 8 jam untuk beristirehat dan tidur.
Jadi jika kita tidur mulai jam 10.00 malam hingga 7.00 pagi dan esoknya kita tidur pula pukul 1.oo tengahari hingga jam 4.00 petang, bererti kita telah tidur selama 12 jam. Selama tempoh itu, banyak perkara berfaedah yang boleh kita lakukan terutamanya menunaikan solat , berzikir, membaca Al-Quran, melayan keluarga dan sebagainya. Sikap memandang mudah dan mengambil ringan hukum dan tegahan agama sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya maksiat dan kejahatan.
{ Kehidupan adalah satu peperangan, tanamkanlah kesabaran, keberanian dan kekuatan dalam menghadapi perjuangan itu}

ETIKA BERJANJI

Tidak membuat janji jika kita berniat untuk tidak menunaikan janji itu.
Tidak membuat janji jika kita berada dalam keadaan tergesa-tergesa.
Jika kita telah berjanji, maka jangan sekali-kali memungkiri janji itu dengan alasan yang tidak wajar atau tidak munasabah.
Tidak berjanji untuk melakukan sesuatu perkara yang haram atau sesuatu perkara yang boleh membawa kemudharatan.
Abdullah Bin Amir meriwayatkan bahawa semaktu beliau masih kecil ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberinya sesuatu. Secara kebetulan Rasulullah SAW berada di situ dan Baginda terus bertanya ;" Apa yang kamu niatkan untuk diberikan kepadanya?". Jawab Ibu Amir ; Sedikit buah tamar.
Sabda Rasulullah SAW , Jika kamu tidak memberikan kepadanya maka dosa berjanji dusta akan dicatatkan untukmu.



{Peribadi sebenar setiap orang dapat diketahui melalui kegemarannya }


Renungan Buat Insan

Iman Al-Ghazali ada berpesan kepada mereka yang sombong dan angkuh :-



* Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita.


* Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat disebabkan mereka hidup lebih lama daripada kita.


*Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita disebabkan ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita.


*Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita disebabkan mereka melakukan dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tapi kita melakukan dosa dalam keterangan.


* Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya.


*Apabila melihat orang kafir, berdoalah dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari cahaya taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampunkan.



{Wajah yang dihiasi dengan senyuman yang ikhlas, tak ubah seperti matahari yang memancarkan cahayanya}

Sifat Mahmudah


TAUBAT ( Membersihkan Hati)


KHAUF ( Takut kepada Allah)


ZUHUD ( Menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu)


SABAR ( Menahan diri daripada keluh kesah pada suatu musibah)


SYUKUR ( Memuji setiap nikmat daripada Allah)


IKHLAS ( Setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan Allah )


TAWAKAL ( Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah)


MUHABBAH ( Sentiasa ingat kepada Allah)


REDHA ( Tenang hati terhadap apa yang datang daripada Allah)


ZIKRULMAUT ( Sentiasa ingat mati dan memperlengkapkan diri untuknya)


{ Hargailah diri kita sendiri, kerana tiada sesiapa yang akan menghargai sebelum kita memulakannya }


SIFAT- SIFAT MULIA

Antara sifat-sifat mulia yang perlu ada pada diri seseorang insan adalah :-

1.AMANAH

AMANAH adalah satu perkara utama dan sangat penting dalam menentukan masa depan sesebuah masyarakat. Agama Islam sendiri telah meletakkan AMANAH sebagai perkara utama. Firman ALLAH dalam Surah al-Ahzab ayat 72

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab AMANAH kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah!)sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan".

Justeru, sebagai khalifah ALLAH, setiap insan mestilah sedar bahawa setiap langkah dan setiap saat yang kita hadapi di dunia ini ada AMANAH yang perlu kita laksanakan. Setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada menunaikan AMANAH yang telah dibebankan kepadanya. Sebarang kemusnahan dan kerosakan yang yang berlaku di atas muka bumi ini harus diperbaiki berdasarkan kepada AMANAH yang telah diserahkan. Setiap Insan bukan saja perlu AMANAH kepada alam sekitar dan makhluk ciptaan TUHAN yang lain, tapi juga AMANAH kepada dirinya, keluarganya, kerjanya dan negaranya selain menunaikan AMANAH yang diserahkan oleh AGAMA.


2. TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB adalah salah satu kunci kejayaan dalam bidang pengurusan. setiap insan perlu BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap kerja yang dilakukan. Rasa BERTANGGUNGJAWAB yang ada dalam diri seseorang insan itu akan dapat mengikis sikap " Melontar Batu Sembunyi Tangan". Dalam sesebuah anggota masyarakat, setiap individu ada TANGGUNGJAWAB masing-masing. Yang memimpin BERTANGGUNGJAWAB kepada yang dipimpin. Sabda Nabi Muhammada SAW :-

Maksudnya : Kamu semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah BERTANGGUNGJAWAB terhadap orang-orang yang dipimpinnya .....


3. IKHLAS

Rasa IKHLAS adalah satu NILAI yang melambangkan kesucian dan kebersihan hati seseorang insan. Ia sangat penting dalam melaksanakan sesuatu amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Ini kerana IKHLAS akan melahirkan ciri-ciri yang mulia dalam kehidupan masyarakat. Sebaliknya jika tiada KEIKHLASAN dalam diri seseorang insan, maka akan berlakulah perpecahan, pergaduhan dan sebagainya yang akan memecahbelahkan kerukunan dan perpaduan hidup. Dalam Al-Quran ALLAH S.W.T telah berfirman menerusi ayat 11 surah Az-Zumar :-

Maksudnya : Katakanlah lagi (Wahai Muhammad) Sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah ALLAH dengan MENGIKHLASKAN segala ibadat kepada-Nya.


4. SEDERHANA

KESEDERHANAAN adalah satu sikap yang menolak sikap melampaui batas atau keterlaluan. ISLAM menuntut umatnya BERSEDERHANA dalam semua perkara. Sikap suka membazair dan boros dalam perbelanjaan dan melampaui batasan ini boleh membahayakan kehidupan umat itu sendiri. Justeru sikap membazir dan melampaui batasan ini harus dihindari oleh setiap insan. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 27

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sdang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada TUHAN-Nya

5. BERSIH

KEBERSIHAN adalah satu ciri yang perlu ada pada diri setiap insan. ISLAM memerlukan umatnya yang BERSIH hati, BERSIH pakaian, bangunan, kawasan dan BERSIH dalam semua urusan hidup baik pemakanan, pemilikan harta, pentadbiran dan sebagainya. KEBERSIHAN adalah satu KEIMANAN. Ia adalah satu nilai utama yang perlu diamalkan kerana KEBERSIHAN akan membentuk KESIHATAN. pelbagai jenis wabak dan penyakit pasti akan dapat dihindari jika masyarakat mengamalkan KEBERSIHAN. Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 108

maksudnya : Dan ALLAH mengasihi orang-orang yang MEMBERSIHKAN diri mereka (zahir dan batin)